Blue
Bonjour Fellas!



Annyeonghaseyo. Welcome to my Foundland. Replace this with your own profile.

Navigate!

Diary About Links

Wanna Scream?


Put your Cbox code here . Width 230 only . Replace with yours!


Dear prince....


Yg indah itu cuma dulu. Yg bahagia itu cuma diawal perkenalan.
Yg manis itu semuanya pada waktu mula. Makin lama kenal,
makin berubah segalanya. Mula-mula terlalu sayang. Bila dah
lama bersama, dah selalu menyakitkan hati, dah kerap bergaduh,
rasa sayang jadi makin hilang sikit demi sedikit. Tapi kalau dah mmg
betul sayang, kita akan tetap usaha. Ya, usaha untuk pertahankan
rasa sayang dlm hati ni. Jgn biarkan ia kurang walaupun setitik.
Walaupun hati sering dilukai, disakiti dan airmata pun sering mengalir,
tetap cuba bertahan dan usaha sendiri supaya rasa sayang dan
cinta dlm hati ni tak akan mati dan pudar.


Cerita skrg, bknnya aku nak menyusahkan jari aku menaip tentang
diri aku yg membosankan ni. Tapi disebabkan esok adalah hari
yg aku rasa dan aku anggap istimewa, aku rajinkan bontot bangun
dari tilam yg empuk, rajinkan jari menaip, rajinkan otak setelah
sekian lama tidak diguna pakai dan tidak berfungsi untuk memerah
idea merangka sebuah karangan dlm blog yg comel lotey ni ahaks.
Berbekalkan air susu coklat ditepi, okay mari kita mulakan cerita 
cinta yg sangat menarik dlm hidup aku dan tak berapa menarik 
untuk orang lain. Ya, mungkin.

"Bismillahirahmanirrahim..........."

Kisah cinta aku dan dia. Siapa dia? Si kekasih hati yg handsome.
Si kawan baik yg capang. Si pujaan hati yg mempunyai perangai
yg annoyingnya subhanAllah tak terkata. Si pemberi semangat
yg selalu menyakitkan hati. Dan yg paling penting, dia lah yg
melengkapkan hidup aku. Aku bosan, dia ada. Aku memerlukan,
dia ada. Walaupun kadang-kadang dia tak ada. Aku tetap anggap
dia selalu ada. Dia sentiasa ada. Dia yg selalu buat hati ni rasa
bahagia. Dia juga lah yg selalu buat airmata ni mengalir. Nak buat
mcm mana, tak lengkap cinta tanpa airmata. Ya, tak lengkap.
Boring juga kalau hari-hari bahagia. Tapi kalau hari-hari menangis,
apa kejadahnya siot? But its okay lah. Aku tetap sayang. Hihi

Walaupun aku dgn dia selalu bergaduh, itu bkn punca dan sebab
untuk berpisah. Sometimes dlm satu relay perlukan seseorang
yg penyabar dan tak akan pernah putus asa pertahankan. Tapi,
selalunya lelaki lah yg nak kena mcmni. Sbb satu relay tu bergantung
pada dia. Kenapa? Sbb lelaki ni payah sikit. Perempuan mmg dah
senang sayang. Bila dah sayang, sayang sgt. Then kerja nak melalak
je. Lelaki layan lain sikit, dah fikir lelaki tu tak sayang lah apelah.
Macam aku, hahaha. Nak buat mcm mana, hati sensitif. Takut
kehilangan dan takut ditinggalkan. Apa kita rasa and buat semua
bersebab. Ya, semua. Walaupun sebab tu bkn untuk kita tapi untuk
orang lain. Kadang-kadang, dia tak pernah tahu yg kita buat
something ni untuk kebaikan dia. Standard lah.

Okay sekarang aku nak cerita pasal Mothsarry yg ke 6 bulan.
Bila? Esok lah woii. Esok woii! Haha. Alhamdulillah dah setengah
tahun kita bersama. Eee lagi 6 bulan pejam celik pejam celik
dah setahun. Hihi tak sabarnya nak celebrate Anniversarry pula.
Boring asyik Monthsarry je, kahkah. Okay, dah tiba masanya untuk
serious and fokus pada cerita utama.

"Bagi mereka, cinta kita cinta monyet. Tapi bagi aku,
cinta kita cinta yg ikhlas datangnya dari rasa sayang yg
aku tanamkan dalam hati setelah sekian lamanya...."


Wahai kesayangan,
Selamat 6 bulan bersama kekasih. Bagi mereka, 6 bulan
ialah jangka masa yg pendek. Tapi, bagi aku, 6 bulan tu
kita lalui dgn penuh suka dan duka. Susah senang kita laluinya
bersama. Pahit manis kita tempuhi bersama. Dari situlah,
terciptanya beribu kenangan aku dgn kau. Walaupun tak
semua yg aku ingat, tapi aku tetap ingat saat mula-mula
kau usha aku, hehe alaaa comelnya time tu agas lagi ek
Nazrul hahahaha ok stop. Masih segar dlm ingatan aku semuanya
ketika kita mula-mula bercinta. 

Sayang,
Terima kasih sebab masih setia disisi aku. Masih kekal dalam hati
aku. Walaupun kau selalu buat aku sakit hati, menyampah,
benci, sedih, menangis, aku tetap sayang kau. Dan cuma kau
yg aku perlukan sayang. Cuma kau. Cuma kau yg ada dlm hati.
Cuma kau yg aku inginkan. Aku mohon, jgn pernah pergi tinggalkan
aku. Jangan pernah terdetik dlm hati dan fikiran kau untuk 
tinggalkan aku. Kau yg melengkapi hidup aku, kau yg menceriakan
kesunyian dlm hati ni, aku mohon jgn pernah pergi.

Kekasih hati,
Maafkan semua salah silap aku ye sayang. Aku sedar, terlalu banyak
silap aku pada kau. Aku selalu berkasar dgn kau, maki kau, marah kau,
pukul kau. Tapi jauh dari sudut hati aku, aku lemah lembutkan orgnya?
Please aku mohon kau cakap ye. Haha. Maaf sebab selama ni
kau rasa aku tak hormat kau. Maaf sbb aku selalu sakitkan hati kau.
Maaf sbb aku buat kau menangis kerana perbuatan aku. Dan 
aku minta maaf sangat atas kesilapan lalu aku pada kau. Aku janji
sayang, aku tak akan ulanginya lagi. Tak akan. Peganglah kata-kata
aku ni sayang. Ya aku faham susah untuk kau percaya tapi berilah
aku peluang untuk buktikan yg aku tak akan ulanginya lagi.

Pujaan hati,
Sepanjang 6 bulan kita bersama ni, aku harap kita dah pun 
mengenali antara satu sama lain. Kita dah pun faham apa yg kita
suka apa yg kita tak suka apa yg kita nak dan apa yg kita taknak.
Aku harap hubungan kita akan kekal dan tiada penghujungnya.
Aku harap kau lah yg satu setia menemani hari-hari aku sepanjang
aku hidup dan masih bernafas. Kau mmg bkn yg pertama, tapi
aku nak kau jadi yg terakhir buat aku sayang. Aku nak kau tahu,
kau lah yg terindah dlm hidup aku. Tiada kau, tak sempurnalah
hari-hari dan kehidupan aku. Walaupun perangai kau annoying,
tapi itulah yg selalu buat aku terketawa sendiri bila termenung
bayangkan kau. Aku sayang sangat pada kau sayang.

Muhammad Nazrul B. Mohd Nazree
03rd Of July 2013 and still counting
You're mine & I'm yours
Happy 6th Monthsarry!
Happy 183 days together!
Happy 4392 hours stay in my heart & my mind!
Happy 263520 seconds bcause complete my life!

I love you. I miss you. I need you. Forever.

                                        Lots of love,
                                         Aqilah






0 Lovely babe!