Blue
Bonjour Fellas!



Annyeonghaseyo. Welcome to my Foundland. Replace this with your own profile.

Navigate!

Diary About Links

Wanna Scream?


Put your Cbox code here . Width 230 only . Replace with yours!


Berakhirnya kisah kita....


Assalamualaikum cinta hati sekalian. Sekarang jam menunjukkan
tepat pukul 02.30 pagi. Hari ini hari Ahad. So pagi nanti sekolah
kan? So why still tak tidur? So why still gigih rajinkan diri bangun
dari tilam yg empuk semata-mata nak meng-update blog?
Mungkin kesedihan dalam hati ni dah tak dapat nak ditahan apatah
lagi nak dipendam sendiri. Mungkin aku lebih suka keseorangan.
Sendiri tanpa teman. Tanpa kekasih. Dan tanpa sesiapa pun di
sisi aku ni. Sebab, ada ke yg sudi menemani diri yg sentiasa 
lakukan kesilapan ni? Ada ke? Kalau ada pun, sekejap je dia wujud.
Tak lama lepastu dia hilang semula. Dan bagi aku, kalau kehadiran
kau sekadar dan cuma sementara, usah lah tunjukkan diri kau.
Kau hanya buat aku sedih dan terluka.

Best kan ada peneman yg setia menemani diri ni tak kira susah
tak kira senang. Tak kira suka ataupun duka. Dia setia dan 
sentiasa ada. Walaupun dia tahu kadang-kadang diri dia tak 
diperlukan, dia tetap setia menanti diri dia diperlukan oleh kita.
Oh sangat indah! Tapi aku tahu itu takkan terjadi pada diri aku.
Diri yg sentiasa malang. Diri yg takpernah diperlukan. Diri yg
selalu dibiarkan. Diri yg selalu terhegeh-hegeh pada orang lain.
Ya, aku tak layak untuk rasa sikit pun "kebahagiaan". Kasihan
sungguh. Tak apalah, sabarlah sayang. Mungkin bukan sekarang
dan belum lagi tiba masanya untuk kau rasa apa yg indah dgn
kebahagiaan tu. Sabarlah wahai hati. 

Seronok kan ada sahabat baik? Yg selalu ada. Menggantikan
tempat kekasih hati. Dia lah kekasih, dia lah sahabat, dia lah
kakak, dia lah adik dan dia lah segalanya. Punya sahabat baik
yg tak pernah jemu untuk kita. Tak pernah jemu untuk mendengar
semua cerita sedih, cerita bodoh, cerita yg buat kita rasa happy.
Tak pernah bosan untuk lapkan airmata kita bila kita sedih, tak 
pernah bosan untuk temani kita lalui perkara yg buat kita tersenyum
bahagia. Tak pernah biarkan kita sedih & tempuh masalah kita
sendiri tanpa teman. Indahnya...... Tapi sayangnya, mungkin
Allah belum takdirkan lagi untuk aku rasa betapa indahnya hidup
bila ada sahabat yg tak pernah bertalam dan terima buruk baik
diri kita seadanya. Dan aku harap, selagi aku masih hidup, aku
sempat untuk rasa bahagianya punya sahabat baik...


Kenapa aku susah nak bahagia? Kenapa susah untuk aku
rasa betapa indahnya diri ni bila bahagia? Kenapa ya Allah?
Apa aku ni tak layak untuk rasa bahagia itu walaupun cuma
sementara? Apa aku ni masih bodoh dalam bercinta? Apa aku
ni tak layak untuk rasa org yg aku sayang buat aku bahagia?
Nak dibandingkan aku dgn kawan-kawan aku yg lain, aku yg
lebih setia, lebih jujur, lebih terhegeh-hegeh dan lebih sanggup
berkorban untuk orang yg aku sayang. Tapi kenapa aku tak
rasa bahagia mcm kawan-kawan aku rasa? Kenapa diorang
lebih bahagia berbanding aku? Apa itu yg buatkan aku jadi
bodoh dan diperbodohkan oleh org yg aku sayang. Mungkin aku
terlalu tunduk dan tunjuk yg aku lemah dgn cinta. Sebab tu
dari dulu sampai sekarang, aku sentiasa terluka. Dan mungkin
sebab aku terlalu cepat jatuh cinta. Terlalu cepat sayang. Baru
kenal dah bersama. Hm entahlah. Mungkin itu silapnya. Ya,
mungkinlah. Tak apalah, perbaiki semuanya. Dan sekarang aku
jadi perempuan yg takut untuk jatuh cinta dgn mana-mana 
lelaki lagi. Terlalu takut.............

Tabahkan hati kau sayang. Kuatkan diri kau. Lupakan
semuanya. Mulakan kisah hidup yg baru. Mulakan segalanya
yg baru. Jgn undur dan patah balik dgn perkara yg lalu.
Ada yg lebih baik sedang menanti. Semoga aku berjaya untuk
tabahkan hati dan kuatkan diri aku sendiri dan semoga aku
berjaya tempuhi dugaan yg Allah berikan. Ameen....



0 Lovely babe!